Rusia kekal kuasa tentera kedua dunia

Rusia kekal kuasa tentera kedua dunia

Amerika Syarikat mendahului, manakala China, India, Korea Selatan, Perancis, Jepun, United Kingdom, Turki dan Itali dalam senarai 10 teratas. Ukraine pula di tempat ke-20.

Rusia memiliki pelbagai peluru berpandu, termasuk pelancar balistik antara benua Yars yang menyertai perarakan Hari Kemenangan di Moscow. (Gambar EPA Images)
MOSCOW:
Rusia mengekalkan kedudukannya sebagai negara kedua paling berkuasa di dunia dari segi kekuatan ketenteraan pada awal 2026, menurut data Penarafan Kekuatan Ketenteraan Global Firepower (GFP) 2026 yang dikeluarkan pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Penarafan itu menilai lebih 60 faktor untuk mengira indeks kuasa ketenteraan bagi 145 negara, termasuk situasi kewangan, lokasi geografi, keupayaan logistik dan faktor lain.

“Tahun ini, Rusia berada di kedudukan kedua daripada 145 negara yang dipertimbangkan untuk tinjauan tahunan GFP,” menurut kenyataan di laman sesawang penarafan berkenaan.

Amerika Syarikat (AS) di kedudukan pertama, manakala China, India, Korea Selatan, Perancis, Jepun, United Kingdom, Turki dan Itali turut berada dalam senarai 10 teratas. Pada masa sama, Ukraine kini menduduki tempat ke-20.

Global Firepower turut membentangkan penarafan kekuatan armada tentera laut bagi 51 negara berdasarkan jumlah tan. Menurut statistik itu, tentera laut Rusia berada di kedudukan ketiga di peringkat global, di belakang AS dan China.

Global Firepower merupakan penarafan kuasa ketenteraan yang diterbitkan sejak 2005. Ia sebahagian daripada rangkaian Military Factory yang membekalkan data mengenai persenjataan nasional.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.