Bayi masih bertali pusat ditemukan depan tandas

Bayi masih bertali pusat ditemukan depan tandas

Bayi perempuan berkenaan ditemukan di hadapan tandas sebuah rumah kampung di Sungai Dua, Butterworth awal pagi kelmarin.

baby bayi
Menurut polis, bayi itu disahkan berada dalam keadaan normal dan sihat sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan susulan.
BUTTERWORTH:
Polis meminta bantuan orang ramai menyalurkan maklumat berhubung penemuan bayi perempuan di hadapan tandas sebuah rumah kampung di Sungai Dua, di sini pada awal pagi Khamis lepas.

Ketua Polis Seberang Perai Utara, Anuar Abd Rahman, berkata bayi berkenaan yang masih dalam keadaan bertali pusat ditemukan orang awam sebelum melaporkannya kepada polis pada 6.28 pagi.

“Hasil maklumat itu, sepasukan polis dari IPD Seberang Perai Utara bersama Unit Forensik IPK Pulau Pinang telah ke lokasi dan mendapati bayi berkenaan masih hidup serta cukup sifat,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan disahkan berada dalam keadaan normal dan sihat sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan susulan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan, iaitu menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Irwan Shah Sumadi melalui talian 04-576 2222 sambungan 2275 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.