Pasangan kekasih ditahan sembunyi kelahiran, kematian bayi

Pasangan kekasih ditahan sembunyi kelahiran, kematian bayi

Polis berkata motif mereka berbuat demikian disebabkan bimbang dan takut dengan keluarga.

bayi baby
Ketua Polis Port Dickson Maslan Udin berkata bayi perempuan cukup sifat itu disahkan meninggal dunia dan terdapat kecederaan pada bahagian dada disyaki kesan objek tajam.
PETALING JAYA:
Sepasang kekasih ditahan semalam kerana disyaki menyembunyikan kelahiran sehingga menyebabkan kematian seorang bayi perempuan di sebuah rumah di Telok Kemang, Port Dickson.

Ketua Polis Port Dickson, Maslan Udin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan dari Hospital Port Dickson pada 11.13 pagi memaklumkan seorang pesakit wanita tempatan melahirkan anak, tetapi bayinya gagal dikesan.

Menurutnya, siasatan lanjut menemui bayi itu disembunyikan dalam beg di bilik sebuah rumah.

“Pemeriksaan lanjut dilakukan ke atas bayi perempuan sudah cukup sifat, namun bayi itu disahkan meninggal dunia dan terdapat kecederaan pada bahagian dada disyaki kesan objek tajam.

“Susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Siasatan Khas (D9) IPK Negeri Sembilan dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Port Dickson membuat tangkapan ke atas seorang wanita 18 tahun dan lelaki tempatan 21 tahun di dua lokasi berasingan pada 8.30 hingga 8.45 malam,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata, kedua-duanya tiada rekod jenayah dan motif mereka disebabkan bimbang serta takut dengan keluarga.

Katanya, polis merampas uri, pakaian, senjata dan telefon bimbit untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Port Dickson untuk permohonan reman pagi ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.