
Berikutan belum lagi mendapat berat badan seimbang, penyanyi Elyana, 33, tidak dapat memulakan rawatan kemoterapi walaupun sel-sel kansernya sudah merebak.
Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal yang menghidap kanser limfoma tahap empat berkata dia belum mempunyai selera makan dan kini mengambil ubat yang disarankan doktor bagi membantu meningkatkan selera makan.
“Alhamdulillah, ada sikit perubahan dan saya bersyukur kerana ada masanya saya berasa sihat,” katanya.
Dia yang memiliki berat badan 41 kilogram (kg) berusaha untuk menaikkan berat badan seimbang bagi memudahkan pergerakannya.
Malah, dia sendiri merasakan keadaannya belum cukup kuat untuk menjalani sesi kemoterapi kerana terlalu kurus.
Terdahulu, Elyana mendedahkan kanser limfoma yang dihidapinya hampir 10 tahun lalu kini sudah merebak ke rahim, hati dan pangkal paha.
Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan dua orang puteri, Cinta Sumayyah, 10, dan Cahaya Ramadhani, setahun lima bulan.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]