
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang baik hati kerana menyalurkan bantuan kewangan, bekalan perubatan dan juga sokongan moral.
“Melihat kesungguhan semua yang sanggup berganding bahu semata-mata untuk membantu kami adalah sesuatu yang cukup mengagumkan,” akur Joseph.
Menurutnya, hanya dalam masa seminggu selepas keadaan Michelle disiarkan di FMT, mereka berjaya mengumpulkan RM114,650.
Michelle, 40, didiagnosis dengan limfoma Burkitt tahap 4, satu bentuk limfoma bukan Hodgkin yang jarang berlaku.
Memandangkan stutus warga asingnya itu, Michelle gagal mendapatkan rawatan dari hospital kerajaan ketika ini. Akibatnya mereka terpaksa menanggung kos rawatan yang agak besar.
Bagi memastikan tunangnya mendapat rawatan dan pembedahan kemoterapi yang diperlukan, Joseph berusaha keras untuk mengumpulkan wang itu sendiri selain meminta bantuan di media sosial.
Jumlah bil hospital Michelle termasuk enam sesi kemoterapi, pembedahan dan selepas rawatan berjumlah kira-kira RM150,000.
Jelas Joseph, berkat usaha kerasnya sendiri dia berjaya mengumpulkan RM18,500.
“Saya berharap kami dapat mengumpulkan baki kos tersebut bagi memastikan Michelle dapat meneruskan rawatan kemoterapinya.”

Joseph berkata, Michelle menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang positif walaupun mengalami beberapa kesan sampingan kemoterapi seperti demam limfoma dan sakit saraf selain kebas di kaki kiri.
“Lukanya juga semakin sembuh dan mula digantikan dengan kulit baru, malah ketumbuhan di sebelah kanannya juga berkurangan sehingga 80%,” kata Joseph yakin keadaan tunangnya akan bertambah baik.
“Kami sedar perjalanan ini masih belum berakhir tetapi dengan bantuan dan sokongan yang kami terima, kami berharap kemenangan akan menjadi milik kami,” akur Joseph berterima kasih kepada setiap insan berhati mulia yang sudi membantu di saat sukar ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]