Isteri Baim, Paula Verhoeven hamil anak kedua

Isteri Baim, Paula Verhoeven hamil anak kedua

Baim turut memberikan hadiah istimewa buat isterinya dengan menjemput Mak Beti yang juga idola Paula ke rumahnya untuk bertemu Paula.

Baim dan Paula bakal menimang cahaya mata kedua. (Gambar Instagram)

Jakarta: Baim Wong, pelakon popular Indonesia berkongsi khabar gembira mengenai isterinya, Paula Verhoeven yang kini sedang hamil anak kedua mereka.

Malah, Baim turut memberikan hadiah istimewa buat isterinya dengan menjemput Mak Beti atau Arief Muhammad ke rumahnya untuk bertemu Paula. Mak Beti adalah idola Paula. Tanpa berfikir panjang, Mak Beti terus menerima perlawaan Baim.

Berita itu dikongsikan Baim menerusi saluran YouTube, ketika berkolaborasi dengan Sensasi YouTube, Mak Beti baru-baru ini.

Dalam video tersebut, Baim memaklumkan usia kandungan isterinya sudah mencecah dua bulan selepas ditanya oleh Mak Beti mengenai jantina bayi mereka.

Pengumuman itu menerima reaksi positif daripada peminat pasangan itu yang mengucapkan ucapan tahniah di pelbagai platform media sosial.

Baim dan Paula mendirikan rumahtangga pada 22 November 2018 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Kiano Tiger Wong yang kini mencecah usia satu tahun.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.