
Setelah lima tahun bercinta akhirnya Blake Shelton menghadiahkan Gwen Stefani sebentuk cincin berlian bernilai lebih RM2 juta sebagai cincin pertunangan.
Menurut George Khalife yang juga pakar pereka permata serta barang kemas terkenal berkata, cincin berlian yang dipotong sekeliling itu boleh mencecah nilai antara AS400,000 (RM1.6 juta) hingga AS600,000 (RM2.4 juta).
Dia yang juga pernah mereka cincin untuk nama-nama besar seperti Zayn Malik dan Gigi Hadid, KarJenner dan Sofia Richie berkata bahawa cincin Gwen itu adalah yang terbaik.
“Dilihat dari saiznya sangat besar dan sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan karat. Dari segi warna, ia adalah warna dalam kategori D atau E yang mana paling tinggi dan paling putih,” ujar George mengenai nilai saiz berlian tersebut dan warnanya.
Cincin pertunangan itu mula didedahkan di Instagram Gwen yang juga bekas penyanyi No Doubt itu dan mula mencuri perhatian ramai peminat mereka.
Gwen yang kelihatan kasual menulis kapsyen. “Ya!” dengan emoji cincin dan kedudukan tangan berdoa. Sementara itu, Blake Shelton menulis. “Hai Gwen Stefani, terima kasih telah menyelamatkan tahun 2020 saya dan seumur hidup saya. Saya sayang kamu. Kamu dengar ya!”
Pasangan selebriti ini mula menjalin hubungan cinta sejak 2015 selepas bertemu pertama kali ketika menjadi juri tetap program The Voice pada 2014.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]