Gwen tarik diri, Nick Jonas ganti kerusinya di The Voice

Gwen tarik diri, Nick Jonas ganti kerusinya di The Voice

Jonas meluahkan perasaan gembiranya dan tidak sabar untuk bersaing dengan tiga jurulatih iaitu Blake Shelton, John Legend dan Kelly Clarkson.

Nick Jonas akan menggantikan tempat Gwen sebagai jurulatih program The Voice musim ke-20. (Gambar AFP)
NEW YORK:
Gwen Stefani akhirnya mengumumkan tidak akan meneruskan tugas sebagai jurulatih program The Voice musim ke-20.

Tunang kepada Blake Shelton ini menyerahkan kerusinya kepada penyanyi, Nick Jonas yang pernah menjadi jurulatih The Voice musim ke-18.

Jonas meluahkan perasaan gembira menerusi Instagramnya dengan caption berkata, “Pahlawan tidak pernah tidur, saya kembali dan bersedia untuk memenangi pertandingan ini.

“Jumpa semua di musim depan,” ujar suami kepada bintang Bollywood, Priyanka Chopra ini.

Sememangnya Jonas tidak sabar untuk bersaing dengan tiga jurulatih lain iaitu Blake Shelton, John Legend dan Kelly Clarkson.

Semasa menjadi jurulatih di musim ke-18, salah seorang ahli pasukannya, Thunderstorm Artis berjaya melangkah ke pusingan akhir.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.