Kajian najis purba dedah orang Eropah gemar keju biru & bir

Kajian najis purba dedah orang Eropah gemar keju biru & bir

Sisa buangan manusia tidak dapat bertahan ribuan tahun, kecuali di lokasi tertentu seperti gua yang kering, gurun dan habitat yang beku.

Menurut penyelidik, penemuan mereka menunjukkan bukti wujudnya molekul pertama penggunaan keju biru dan bir di Era Besi Eropah. (Gambar CNN.com)

Satu kajian ke atas najis masyarakat purba Eropah Era Besi mendapati, mereka gemar menikmati diet seperti manusia masa kini termasuk keju dan bir.

Difahamkan, sisa buangan manusia tidak dapat bertahan sehingga ribuan tahun, kecuali di lokasi tertentu seperti gua yang kering, gurun, persekitaran yang bertakung air dan habitat yang beku.

Namun satu kajian ke atas najis milik manusia purba ‘paleofeces’ yang ditemui di lombong garam prasejarah di kawasan Warisan Dunia Hallstatt-Dachstein UNESCO di barat Austria, menemui beberapa bukti ‘mengejutkan’.

Terdapat dua spesies kulat yang digunakan dalam penghasilan keju biru dan bir dalam sampel bersejarah itu.

Kepekatan garam yang tinggi dan suhu tahunan yang sekata sekitar 8 darjah Celsius di dalam lombong tersebut berjaya mengawet sampel tersebut dengan baik.

Menurut penyelidik, penemuan mereka menunjukkan bukti wujudnya molekul pertama penggunaan keju biru dan bir di Era Besi Eropah.

“Kami dapat membuktikan bahawa makanan yang diperam memainkan peranan penting dalam sejarah manusia sejak sekian lama,” kata penulis kajian Kerstin Kowarik, seorang ahli arkeologi di Muzium Sejarah Alam Vienna, kepada CNN.

“Menerusi kajian itu kami turut mendapati bahawa keju dan produk tenusu seperti keju biru telah mula dihasilkan sekitar Era Besi Eropah hampir 2,700 tahun lalu,” katanya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.