Beard.on bantu lelaki urus jambang ketika PKP

Beard.on bantu lelaki urus jambang ketika PKP

Beard.on bersedia membantu lelaki menguruskan penjagaan diri dan jambang dengan pelbagai produk disediakan.

Akibat PKP, ramai lelaki mengeluh apabila rambut dan jambang semakin panjang. (Gambar Pinterest)
KUALA LUMPUR:
Ketika ini, seluruh rakyat Malaysia begitu jelas dengan kesan yang diterima akibat pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Keadaan ini menyebabkan perniagaan bersaiz kecil dan sederhana terjejas teruk, rakyat kehilangan pekerjaan manakala katil hospital pula penuh dengan pesakit Covid-19.

Terdapat satu lagi kesan ketara di kalangan kita yang kurang dibincangkan secara terbuka dan ia boleh dilihat di kalangan lelaki.

Disebabkan kedai gunting tidak dapat beroperasi, mereka hanya mampu merenung jambang dan rambut masing-masing pada cermin kerana ianya semakin panjang serta tidak terurus.

Bagi mereka yang kali pertama menyimpan jambang, ia agak mencabar kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk menjaganya dengan baik.

Produk Beard.on menggunakan bahan semulajadi tanpa sebarang pewarna tiruan atau bahan pewangi. (Gambar Jeremy Raj)

Di sinilah sebuah syarikat tempatan dapat membantu dengan menyediakan produk penjagaan diri berkualiti pada harga berpatutan kepada golongan lelaki di negara ini.

Syarikat yang diasaskan oleh Jeremy Raj, Beard.on akan cuba membantu setiap pelanggannya untuk memiliki jambang yang kemas dan terjaga.

Daripada sabun hinggalah minyak jambang. Beard.on menawarkan produk dandanan berkualiti tinggi dengan hasil yang boleh dilihat serta merta.

Semua produk ini adalah menggunakan bahan semulajadi paling berkualiti tanpa sedikit pun campuran pewarna tiruan atau bahan pewangi.

Malah, ulasan pelanggan terhadap produk Beard.on juga membuktikan ia begitu efektif, sama juga dengan beberapa jenama komersil lain!

“Kami percaya, setiap lelaki harus mempunyai akses terhadap keperluan mereka untuk memaksimumkan potensi dan menunjukkan penampilan yang terbaik,” katanya kepada FMT.

Namun, bagaimana dia boleh muncul dengan idea ini? Raj berkata, dia mempertimbangkan idea untuk menceburi perniagaan ini selepas menerima komen mengenai jambangnya.

Jeremy Raj yang mengasaskan Beard.on sanggup memilih jambangnya berbanding kerjaya di bank. (Gambar Jeremy Raj)

Rupa-rupanya sebelum ini dia bekerja di sebuah bank tempatan dan majikannya memberi pilihan sama ada dia mencukur jambang atau diberhentikan kerja memandangkan penampilan itu dianggap sebagai ‘tidak profesional’.

Dia tidak mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan dan terus berhenti kerja pada masa itu juga.

Sebelum mengubah haluan hidupnya itu, Raj sudah pun memikirkan idea berkaitan penjagaan jambang sebelum mendapat peluang melakukannya.

Beard.on ditubuhkan pada 2017 dengan cogan kata ‘Keep it simple. Keep it manly’.

Walaupun pada masa kini ramai lelaki memilih penampilan lebih bersih tanpa jambang namun PKP mengubah segalanya dan dilihat sebagai satu peluang buat Beard.on.

Syarikat itu amat berbesar hati untuk membantu mereka yang tidak tahu apa perlu dilakukan, terutama bagi mereka yang kali pertama menyimpan jambang.

Produk Beard.on terdiri daripada rangkaian sabun dan minyak. (Gambar Jeremy Raj)

“Kami akan pastikan panduan dan tips percuma diberikan di seluruh platform media sosial. Kita juga mendidik orang ramai mengenai manfaat dan kelebihan memiliki jambang juga,” kata Raj.

Menurutnya, pendapat mengatakan bahawa jambang hanya sesuai dengan sesetengah orang adalah tidak begitu tepat.

Katanya, ia nampak sesuai dengan mana-mana lelaki tetapi perlu melakukan penjagaan dan tabiat dandanan yang baik.

“Sesuaikan jenis jambang dengan bentuk muka anda dan selepas itu tiada masalah!,” katanya.

Namun, mencari kesesuaian itu tidak sama seperti menjaganya. Bagaimana anda menjaganya daripada menjadi seperti tidak terurus?

Raj yang gembira untuk berkongsi rutinnya berkata, dia mencuci dan menggunakan pelembap pada jambangnya setiap hari bagi memastikan ia bersih dan sihat.

“Pastikan anda tahu bila masa sesuai untuk memotongnya. Jangan lupa untuk menyikatnya setiap hari. Itu saja!,” katanya.

Raj percaya jambang mempunyai kelebihan dan meningkatkan penampilan seorang lelaki. (Gambar Unsplash)

Jambang adalah ciri-ciri biasa yang dilihat pada setiap lelaki di zaman ‘victoria’ hingga ada yang memiliki misai bergulung.

Adakah trend itu akan kembali?

Sebagai orang yang bangga dengan jambangnya, Raj juga berharap ia akan kembali.

“Jambang adalah satu kenyataan fesyen paling utama atas satu sebab, ianya paling menonjol,” katanya.

Menurutnya, tiada jambang yang kelihatan sama dan ia bersifat eksklusif bagi setiap individu.

“Ia adalah trend fesyen dulu, kini dan selamanya,” katanya.

Mengenai perancangan masa depan, Beard.on turut mencari peluang lain yang tidak berkaitan penjagaan jambang iaitu menggunakan jenama Apothecary 1986.

“Kita akan memberi fokus lain dan bukannya berkaitan jambang,” katanya.

Buat masa ini, Beard.on mahu orang ramai terus menyokong mereka dan sebagai ganjarannya, mereka akan menyediakan setiap keperluan penjagaan jambang lelaki.

Sebaik saja kedai gunting dibenarkan beroperasi semula, terdapat kemungkinan bahawa semua lelaki berjambang ini akan kembali ke penampilan wajah bersih mereka.

“Seorang lelaki yang boleh mengekalkan jambang mereka dalam masyarakat boleh diibaratkan seperti orang yang tidak takut dengan pesaingnya.

“Dia boleh menewaskan mereka dengan apa saja kekurangan dan tidak takut dengan risiko,” katanya.

Layari laman sesawang untuk mendapatkan produk penjagaan jambang atau ikuti Facebook atau Instagram.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.