
Pengarah Urusan Mydin, Ameer Ali Mydin, berkata ia juga sempena Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2025 melalui kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Katanya, usaha memperkasakan produk tempatan menjadi sebahagian daripada keutamaan perniagaan syarikat sejak sekian lama.
“Kami memberi peluang sama rata kepada semua usahawan tempatan tanpa mengira saiz perniagaan. Yang penting adalah kualiti produk dan kemampuan memenuhi permintaan pelanggan.
“Tahun ini kami menganggarkan peningkatan jualan sebanyak 15% bagi produk tempatan khususnya IKS dan PMKS,” katanya dalam kenyataan.

Majlis pelancaran itu disempurnakan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh di Mydin Subang Jaya, baru-baru ini.
Kempen itu menampilkan pelbagai promosi dan aktiviti menarik bagi menggalakkan pengguna membeli barangan tempatan selain memperkukuh kedudukan usahawan tempatan di pasaran runcit.
Sebagai sebahagian daripada kempen, Karnival Jualan ‘Lokal Lagi Gempak’ berlangsung di Mydin USJ dari 20 hingga 23 Nov lalu dengan penyertaan pelbagai usahawan tempatan yang mempamer dan menjual produk mereka terus kepada pengguna.
Mydin turut menyerahkan Sijil Penghargaan Usahawan Tempatan 2025 bagi memberi pengiktirafan kepada rakan pembekal tempatan baharu yang berjaya memasarkan produk mereka di rangkaian pasar raya itu.