‘Pokok Zakar’ luar biasa mekar selepas 25 tahun

‘Pokok Zakar’ luar biasa mekar selepas 25 tahun

Pakar percaya ia adalah kali ketiga pokok dengan nama saintifik Amorphophallus decus-silvae berkembang di Eropah.

Pengunjung taman botani tidak melepas peluang merakam ‘pokok zakar’ yang mekar buat pertama kalinya selepas 25 tahun. (Gambar Instagram)

Buat pertama kalinya selepas hampir 25 tahun, sebatang ‘pokok zakar’ yang luar biasa berkembang di taman botani dekat bandar Leiden, Belanda.

Pakar percaya ia adalah kali ketiga pokok dengan nama saintifik Amorphophallus decus-silvae itu kembang mekar di Eropah.

Difahamkan juga tumbuhan itu cukup terkenal kerana sukar untuk tumbuh dan memerlukan persekitaran yang bukan saja hangat, tetapi dengan kelembapan yang sederhana, menurut laman web Hortus Botanicus di Leiden.

Pokok yang berasal dari Jawa, Indonesia itu ditanam oleh seorang sukarelawan pada tahun 2015.

Selepas menunggu lebih enam tahun, tumbuhan yang hanya mekar sekali setiap 10 tahun itu akhirnya menunjukkan tanda-tanda pertama akan mekar pada bulan September. Ia akhirnya berlaku lewat minggu lalu, tetapi hanya untuk beberapa hari saja.

Amorphophallus decus-silvae adalah satu daripada tiga spesies ‘pokok zakar’, termasuk Amorphophallus titanum (juga dikenali sebagai “bunga mayat”).

Perkongsian di akaun Instagram Hortus Botanicus of Leiden menunjukkan batang pokok tersebut yang mencecah 6 setengah kaki.

Walaupun tumbuhan berbunga itu adalah satu pemandangan yang luar biasa, menurut taman botani tumbuhan itu juga berbau seperti daging busuk.

Nama tumbuhan itu ternyata menarik sebilangan besar pengunjung ke taman botani tersebut, jelas pengurus rumah hijau Rogier van Vugt kepada penyiar Belanda, Omroep West.

Dia sendiri pada mulanya tidak merasa tumbuhan itu benar-benar menyerupai zakar namun lama-kelamaan menyedari persamaannya.

“Nama amorphophallus sebenarnya bermaksud ‘zakar tidak berbentuk,” kata van Vugt.

“Namun dengan sedikit imaginasi anda memang boleh melihat zakar di dalam tumbuhan tersebut. Ia sebenarnya mempunyai batang yang panjang dan di atasnya adalah arum yang seolah berurat. Di tengahnya pula terdapat seludang putih yang tebal.”

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.