Belanda isytihar 2 menteri Israel sebagai persona non grata

Belanda isytihar 2 menteri Israel sebagai persona non grata

Sebagai persona non grata, Itamar Ben-Gvir dan Bezalel Smotrich dilarang masuk Belanda.

Caspar Veldkamp
Menteri Luar Belanda Caspar Veldkamp beritahu Parlimen, 2 menteri Israel, iaitu Itamar Ben-Gvir dan Bezalel Smotrich ‘berulang kali hasut keganasan terhadap rakyat Palestin’. (Gambar EPA Images)
MOSCOW:
Kerajaan Belanda mengisytiharkan Menteri Keselamatan Nasional Israel Itamar Ben-Gvir dan Menteri Kewangan Bezalel Smotrich sebagai persona non grata, sekali gus melarang mereka memasuki negara itu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Menteri Kabinet memutuskan untuk mengisytiharkan Menteri Israel Smotrich dan Ben-Gvir sebagai persona non grata, dan bertekad menyenaraikan mereka dalam senarai warga asing yang tidak diistem Maklumat Schengen,” kata Menteri Luar Belanda Caspar Veldkamp dalam surat kepada Parlimen Belanda yang diterbitkan pada Isnin.

Keputusan itu dibuat kerana Smotrich dan Ben-Gvir ‘berulang kali menghasut penduduk penempatan haram supaya melakukan keganasan terhadap rakyat Palestin, menyokong peluasan penempatan haram, dan menyeru pembersihan etnik di Semenanjung Gaza’, katanya.

Veldkamp turut memaklumkan, duta Israel akan dipanggil ke Kementerian Luar Belanda bagi menggesa kerajaan Israel supaya mengubah pendiriannya terhadap Semenanjung Gaza yang disifatkan sebagai ‘tidak tertanggung dan tidak dapat diterima’.

Pada Isnin, Perdana Menteri Belanda Dick Schoof berkata, negaranya akan menyokong cadangan Suruhanjaya Eropah untuk menggantung penyertaan Israel dalam program penyelidikan ‘Horizon Europe’ milik Kesatuan Eropah susulan krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza.

Pada 7 Okt 2023, Israel diserang dengan roket dari Semenanjung Gaza. Pejuang Hamas menceroboh kawasan sempadan dan menawan penduduk dan tentera Israel. Pihak berkuasa Israel melaporkan kira-kira 1,200 orang terkorban dalam serangan itu.

Sebagai tindak balas, Israel melancarkan Operasi Iron Swords di Semenanjung Gaza dan mengumumkan sekatan penuh ke atas wilayah Palestin itu. Konflik yang diselangi beberapa gencatan senjata sementara itu telah meragut lebih 59,000 nyawa rakyat Palestin setakat ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.