2 beradik maut ketika memperingati saudara turut dirempuh keretapi di lokasi sama

2 beradik maut ketika memperingati saudara turut dirempuh keretapi di lokasi sama

Dua beradik itu berdiri sambil menyalakan lilin di trek sebelum maut dirempuh keretapi.

Lokasi kejadian di Carolina Utara yang menyaksikan tiga beradik maut akibat dirempuh keretapi.

Dua beradik yang sedang berkabung di atas kematian adik mereka akibat dilanggar kereta api ringan, maut selepas turut dirempuh sebuah keretapi di Carolina Utara.

“Pablo Tiquiram Us, 29, dan Jose Chilambalam Tiquiram Us, 20, difahamkan sedang berjalan di lintasan keretapi arah utara di Charlotte berhampiran 8200 South Boulevard pada pada jam 5.10 pagi Selasa lalu, apabila mereka kemudian dirempuh Sistem Transit Kawasan Charlotte (CATS) keretapi Lynx,” kata Polis Charlotte-Mecklenburg (CMPD) dalam siaran akhbar.

Pegawai perubatan mengesahkan kedua-dua lelaki itu mati di tempat kejadian.

“Mereka ke situ sempena memperingati ulang tahun seminggu kematian saudara mereka, dan mengadakan upacara tersebut di lokasi tempat dia terbunuh,” kata pegawai CMPD, Sarjan Adam Jones semasa sidang media pada Rabu lalu.

“Malangnya, dua beradik itu turut dilanggar kereta api ketika mereka sedang berjalan kaki dan maut di tempat kejadian.”

Difahamkan adik dan juga abang kedua-dua mangsa tadi, Baltazar Tiquiram Us, 27, sedang memandu dan cuba menyeberangi East Hebron Street sebelum dirempuh kereta api dan terbunuh pada 26 Julai, menurut Jones.

Bukti video mengesahkan kedua beradik itu sedang berdiri di trek ketika dirempuh, katanya tetapi masih tidak jelas berapa lama mereka berada di trek tersebut sebelum keretapi tiba.

“Mereka menyalakan lilin dan memberi penghormatan kepada Baltazar di trek,” kata Jones.

Menurutnya, semua ciri keselamatan, termasuk lengan lintasan, lampu dan hon, berfungsi dengan betul.

“Saya tidak dapat bayangkan kehilangan tiga anak serentak dalam masa seminggu, kerana ia cukup tragis,” ujar Jones lagi.

Menurut kenyataan akhbar, polis mengesyaki alkohol menjadi antara faktor penyumbang kepada kemalangan tragis itu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected].

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.