
Ketua Polis Kajang Naazron Abdul Yusof, berkata satu laporan dibuat oleh ibu mereka pada 2.48 pagi semalam mengenai kehilangan dua anaknya Nur Syafiqah Elliana Muhammad Rizuan Sebastian dan adiknya, Muhammad Adam Mikhail.
“Kedua-duanya kali terakhir dilihat di rumah mereka di No 2-03, Blok Mawar, Taman Harmoni 5, Jalan Harmoni di Seri Kembangan sebelum dilaporkan hilang,” katanya menurut Bernama.
“Nur Syafiqah mempunyai ketinggian kira-kira 140cm, berat 40kg, bertubuh kurus, dan berambut pendek. Kali terakhir dia dilihat memakai baju sejuk berwarna gelap, seluar trek panjang berwarna gelap, dan selipar Crocs berwarna ungu,” katanya.
Naazron berkata, Adam pula mempunyai ketinggian sekitar 135cm, berat 30kg, dan bertubuh kurus dengan rambut pendek.
Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung keberadaan adik-beradik itu untuk tampil ke balai polis terdekat dan menghubungi IPD Kajang di talian 03-89114222 atau Pegawai Penyiasat B Karunagaran di talian 012-2449414.