‘The Terminator’ raih emas keirin Piala Negara UCI

‘The Terminator’ raih emas keirin Piala Negara UCI

Ia emas pertama Shah Firdaus pada kejohanan UCI sekali gus menandakan pencapaian terbesar dalam kerjayanya setakat ini.

Muhammad Shah Firdaus Sahrom
Muhammad Shah Firdaus Sahrom melangkah ke final selepas menamatkan perlumbaan separuh akhir di tempat ketiga. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom mencipta detik kecemerlangan apabila meraih pingat emas acara keirin pada kejohanan Piala Negara-negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Konya, Turki, awal pagi ini.

Pelumba berusia 29 tahun itu mempamerkan kayuhan bertenaga untuk meloloskan diri daripada kepungan empat pelumba lain sebelum memintas pesaingnya beberapa meter sebelum garisan penamat di Velodrom Konya.

Ia adalah emas pertama dimenangi pelumba diberi julukan ‘The Terminator’ itu pada kejohanan UCI sekali gus menandakan pencapaian terbesar dalam kerjayanya setakat ini.

Pemenang pingat gangsa acara pecut berpasukan Olimpik Tokyo 2020, Sebastien Vigier dari Perancis meraih perak manakala juara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025 bulan lalu, Shinji Nakano dari Jepun membawa pulang gangsa.

Shah Firdaus melangkah ke final selepas menamatkan perlumbaan separuh akhir di tempat ketiga.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.