Lelaki punya 27 isteri dan 150 anak & tinggal dalam 1 rumah

Lelaki punya 27 isteri dan 150 anak & tinggal dalam 1 rumah

Sejak tinggal berasingan, Merlin mulai mengungkap kehidupannya apabila tinggal dengan 149 ahli keluarganya yang terdiri dari 78 perempuan dan 71 laki-laki.

Merlin adalah salah seorang ahli keluarga Blackmore yang memilih untuk hidup sendiri. (Gambar TikTok)
KANADA:
Sebuah keluarga mempunyai 150 orang anak dan digelar sebagai keluarga poligami terbesar.

Kisah keluarga tersebut dikongsi oleh Merlin Blackmore, pemuda berusia 19 tahun di TikTok.

Merlin adalah salah seorang ahli keluarga Blackmore yang memilih untuk hidup sendiri.

Sejak tinggal berasingan, Merlin mulai mengungkap kehidupannya apabila tinggal dengan 149 ahli keluarganya yang terdiri dari 78 perempuan dan 71 laki-laki.

Menurut Merlin, ayahnya yang bernama Winston Blackmore mempunyai 27 orang isteri.

“Selama bertahun-tahun, aku menunggu untuk bercerita mengenai keluargaku. Sekarang, aku boleh bercerita mengenainya dan dunia akan tahu,” ujarnya.

Ahli keluarga Merlin. (Gambar TikTok)

Kata Merlin, semasa tinggal bersama-sama keluarganya, dia dan adik beradiknya ditempatkan di sebuah rumah seperti motel. Mereka turut mempunyai sekolah untuk keluarga mereka sendiri.

“Dari 27 orang isteri, hanya 22 yang punya anak. Manakala, isteri yang masih setia kini hanya tinggal 16 orang sahaja,” katanya.

Ujar Merlin, dia dan dua lagi adik beradiknya, lahir dari seorang ibu.

“Walaupun kami lahir dari keluarga yang besar namun, hubungan kami adik beradik tetap baik,” katanya.

Pada tahun 2017, Winston Blackmore telah dikenakan hukuman kerana mempraktikkan poligami.

Merlin turut mengatakan bahawa keluarganya sebagai pengamal poligami dan kerana kegemaran ayahnya yang suka berpoligami, hubungan mereka tidak baik. Malah, kini Merlin sudah tidak berkomunikasi dengan ayahnya.

Sementara itu, adik beradiknya Warren dan Murray juga mengikut jejak Merlin dengan tinggal berasingan. Malah, mereka turut mendokumentasikan kehidupan mereka di media sosial.

“Aku dan Merlin adalah saudara seibu. Kemudian, lahirlah Murray dan dibesarkan di rumah yang sama dan kami melakukan segalanya bersama,” ujar Warren Blackmore.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.