2 beradik maut langgar tong ‘roro’, pemaju didenda RM1,000

2 beradik maut langgar tong ‘roro’, pemaju didenda RM1,000

Denda itu dikenakan kerana pihak pemaju gagal letak tanda amaran.

kemalangan
Muhammad Amirul Hazlin, 18, dan adik perempuan berusia lima tahun maut akibat melanggar tong ‘roro’. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengenakan kompaun RM1,000 terhadap syarikat pemaju perumahan kerana tidak meletakkan tanda amaran berhampiran tong ‘roro’ sehingga mengakibatkan dua beradik maut, pada Isnin lalu.

Datuk Bandar MBMB Shadan Othman, berkata syarikat terbabit yang menjalankan kerja mencantas dahan pokok sepatutnya meletakkan tanda amaran tong roro di tepi jalan itu.

“Penguat kuasa MBMB yang pergi ke tempat kejadian mendapati hanya ada satu kon dan tidak ada sebarang papan tanda amaran yang sepatutnya diletakkan tidak jauh dari tong ‘roro’ itu.

“Kita tidak boleh berkompromi dengan mana-mana pihak yang tidak mematuhi peraturan meletakkan tong ‘roro’ atau apa sahaja di tepi jalan tanpa sebarang tanda amaran kerana itu boleh menyebabkan insiden tidak diingini berlaku,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Dalam kejadian kira-kira 6.15 petang, Isnin lalu, Muhammad Amirul Hazlin, 18, dan adik perempuan berusia lima tahun maut dalam perjalanan menziarahi pusara bapa yang meninggal dunia 10 bulan lalu, lapor Sinar Harian.

Kemalangan itu turut disaksikan ibu mangsa, Norizan Ujak, 40, mengekori dari belakang dengan menunggang sebuah motosikal lain untuk ke Tanah Perkuburan Islam Bertam Ulu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.