
Ahli bina badan Kazakhstan, Yuri Tolochko yang selalu membuat kontrovasi mengenai kehidupannya setelah mengumumkan pernikahan dengan anak patung kini, kembali menimbulkan kontroversi kerana mengaku mempunyai hubungan sulit pula.
Yuri Tolochko sememangnya terkenal kerana kisah cintanya bersama patung bernama Margo. Mereka ‘bernikah’ pada November 2020.
Setelah pernikahan yang digelar mewah itu, Yuri mengatakan bahawa isterinya telah rosak sebelum Krismas dan isterinya perlu diperbaiki.
Namun, dengan ketiadaan ‘isterinya’, dia mengakui kesepian. Lalu, baru-baru ini Yuri telah memuat naik sebuah video di dalam Instagramnya bersama sebuah objek perak yang dipanggil ‘masker’.
Dalam video tersebut, Yuri Tolochko kelihatan menyiarap sambil mencium objek aneh yang dipanggil ‘masker’ tersebut.
“Nampak seperti aku punya daya penarik baru,” tulis Yuri Tolochko pada kapsyen.
Muat naik Yuri tersebut telah menarik perhatian warganet. Kemudian, ada yang bertanya adakah Yuri Tolochko sedang curang dengan isterinya.
“Mungkin. Aku tidak tahan kerana dia sedang berada di rumah sakit,” jawab Yuri.
Kelakuan pelik Yuri Tolochko sering menjadi bahan perbualan orang ramai, sejak dia mengaku bernikah dengan anak patung.
Malah, sebelum ‘bernikah’, Yuri pernah membiayai bakal ‘isterinya’ untuk melakukan pembedahan plastik.
Sebelum ini juga, Yuri mengaku tidak mahu menunjukkan Margo kepada orang lain setelah menikah. Ini kerana dia merasa cemburu jika anak patungnya itu menjadi perhatian orang lain.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]