Daun betik kurangkan liat daging

Daun betik kurangkan liat daging

Masalah yang sering dihadapi ialah apabila ingin melembutkan daging sebelum dimasak.

Daun betik dikatakan boleh melembutkan daging yang liat.

Daging memang sedap dibuat apa juga masakan. Rendang, daging masak kicap, daging kari, daging salai dan bermacam-macam lagi masakan. Dalam memastikan masakan tersebut sempurna, anda pasti inginkan daging yang dimasak dengan sempurna dan cara yang betul bagi mengelakkan daging menjadi liat.

Dalam penyediaan daging, anda harus berhati-hati dan gunakan teknik yang betul bermula daripada pemotongan daging sehinggalah ke proses memasak daging tersebut.

Terdapat beberapa tips untuk melembutkan daging antaranya ialah dengan menggunakan daun betik. Tidak kira samada daun betik tua atau muda, kedua-duanya berupaya menjadi agen pelembut daging dan mengelakkan ia menjadi liat semasa dimasak.

Caranya:

Ambil beberapa tangkai daun betik dan masukkan ke dalam masakan. Biarkan sehingga daging menjadi lembut dan empuk lalu tutup api. Jika tiada daun betik, anda boleh gantikan dengan buah betik muda.

Sebelum menggunakannya, anda perlu kupaskan kulitnya terlebih dahulu dan buang biji serta bersihkan lalu dimasukkan ke dalam masakan berasaskan daging.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.