
Ikan emas sering menjadi pilihan di kalangan penggemar ikan peliharaan kerana warna keemasan yang menarik. Selain cantik dilihat, hobi membela ikan ini juga mampu memberi terapi minda kepada pemiliknya.
Terdapat pelbagai spesies ikan emas di pasaran termasuk Red Oranda, White Oranda, Pearlscale, Moor, Teleskop, Comet, Pompom, Ranchu, Lionhead dan Red Oriental Ryukin.
Ikan emas juga dikatakan mampu hidup selama 10 hingga 25 tahun atau lebih jika mendapat penjagaan yang sempurna.
Tips Penjagaan Ikan Emas
1. Saiz akuarium
Saiz akuarium sangat penting dalam memelihara ikan emas. Ikan emas tidak boleh diletakkan dalam akuarium bersaiz kecil atau bekas tidak bertapis.
Ukuran minimum akuarium yang diperlukan untuk seekor ikan emas adalah 56.7 liter. Jenis ikan emas turut mempengaruhi saiz akuarium seperti ikan emas biasa, ikan emas komet dan ikan emas berekor tunggal memerlukan saiz yang besar kerana ia akan membesar hingga mencapai 30 sentimeter.
Sebenarnya, lagi kecil saiz akuarium itu, lagi susah untuk anda memahami kualiti dan perubahan air. Kesilapan ini mendedahkan anda kepada risiko ikan emas mati. Jadi, pastikan memilih saiz yang sesuai untuk ikan emas anda.
2. Hiasan dan Oksigen
Ikan emas akan membesar mengikut ruang habitat persekitaran. Kandungan di dalam akuarium juga penting. Suhu juga amat penting dan ia mestilah dikekalkan serta tidak boleh kurang atau lebih daripada 21 darjah celsius (mengikut saiz akuarium).
Gunakan kerikil yang tidak akan tersangkut pada kerongkong ikan dan pastikan ianya dibersihkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam akuarium. Jangan guna sabun untuk membersihkan hiasan.
Pastikan cahaya yang diletakkan pada akuarium mencukupi kerana ikan emas memerlukan cahaya selama 12 jam dan 12 jam lagi untuk lingkungan yang gelap. Oksigen juga amat penting bagi memastikan ikan hidup lebih lama. Pasang penuras yang mengepam udara.
3. Pasang filter atau penapis
Filter amat penting buat ikan emas. Anda perlukan sistem penapis yang mampu menapis air sekurang-kurangnya 3 kali bagi akuarium tropika ini.
Terdapat tiga jenis penapis mekanis (untuk menapis partikel-partikel yang besar seperti kotoran ikan atau sisa makanan), kimiawi (untuk menghilangkan bau dan perubahan warna air serta zat-zat organik lainnya) dan biologis (untuk menghancurkan kotoran ikan dan amonia dengan bakteri bermanfaat).
Penapis yang digunakan juga perlu disesuaikan dengan ukuran akuarium. Jika saiz akuarium besar, gunakan dua penapis tetapi jika kecil memandai dengan satu penapis sahaja.
Dengan kualiti air yang bersih dan penapis yang efisen akan menjaga ikan emas anda untuk hidup lebih lama.
3. Kualiti air
Bagi memastikan akuarium anda sentiasa berada dalam keadaan bersih dan menarik serta tidak bermasalah, kualiti air memainkan peranan penting.
Sebelum memasukkan ikan, periksa pH, ammonia dan nitrit. Selepas sebulan, sekiranya ikan menunjukkan masalah, periksa parameter air tersebut.
Air biasa yang belum dijernihkan mengandungi zat kimia dan mineral yang membahaya kepada ikan emas.
4. Makanan yang mencukupi
Jangan beri makanan berlebihan kepada ikan emas anda. Seeloknya, beri makan dua kali sehari. Ikan emas makan dalam kadar yang sedikit.
Ikan emas mampu bertahan tanpa makan selama beberapa hari kerana ia dapat menyerap nutrien diperlukan daripada nutrien terlarut dalam air akuarium itu sendiri tanpa memberi kesan kepada kesihatannya. Jadi, pastikan kawalan makanannya seimbang.
5. Tukar air
Pastikan anda menukar air di dalam akuarium apabila sudah kelihatan keruh dan kekuningan. Tidak perlu menukar sepenuhnya air di dalam akuarium. Anda hanya perlu tambah separuh air baharu sahaja.
Pastikan juga tiada sabun atau sisa pencuci di dalam bekas yang digunakan untuk menukar air kerana ia beracun kepada ikan emas.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]