Pelakon lagenda, Sean Connery meninggal dunia

Pelakon lagenda, Sean Connery meninggal dunia

Keluarganya dalam satu kenyataan berkata, pelakon Scotland itu meninggal dunia ketika dalam tidur di Bahamas.

Sean Connery merupakan hero James Bond yang pertama melakonkan watak Dr. No pada 1962.

Pelakon legenda yang juga melakonkan hero James Bond pertama, Sean Connery meninggal dunia pada usia 90 tahun.

Keluarganya dalam satu kenyataan berkata, pelakon Scotland itu meninggal dunia ketika dalam tidur di Bahamas. Difahamkan, beliau sudah tidak sihat sejak sekian lama.

Sean yang mula berlakon pada 1954 terbabit dalam tujuh siri James Bond dan kali terakhir beliau membawa watak perisik British popular itu ialah menerusi Diamonds Are Forever pada 1971. Watak James Bond seterusnya diambil alih Roger Moore dalam Live And Let Die pada 1973.

Sepanjang kerjaya lakonannya, Sean memenangi pelbagai anugerah termasuk Oscar, dua anugerah Bafta dan tiga Golden Globes.

Sean memenangi Academy Awards atau Oscar sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi watak sebagai polis Ireland dalam filem “The Untouchables”.

Antara filem lakonannya dalam francais James Bond termasuk “Dr. No” (1962), “From Russia With Love” (1963), “Goldfinger” (1964), “Thunderball” (1965), “You Only Live Twice” (1967) dan “Diamonds Are Forever” (1971).

Selain itu, Sean turut membintangi filem “The Rock”, “Indiana Jones and the “Last Crusade”, “The Hunt for Red October” dan “The League of Extraordinary Gentlemen”.

Sean baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-90 Ogos lalu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.