Kari ikan bawal emas, resepi kegemaran MissDss

Kari ikan bawal emas, resepi kegemaran MissDss

Bekerja dan membesarkan anak-anak, Dayang akan sentiasa mencuba resepi baharu dalam menyerlahkan hobi memasaknya.

MissDss, gemar mencuba pelbagai masakan.

MissDss atau Dayang Sofea, seorang ibu tunggal yang gemar memasak. Bekerja dan membesarkan anak-anak, Dayang akan sentiasa mencuba resepi baharu dalam menyerlahkan hobi memasaknya. Jom, kita mencuba resepi Kari Ikan Bawal Emas, resepi kegemaran keluarganya untuk masakan tengahari ini.

Anda juga boleh melayari pelbagai menu masakannya di laman Instagram di bawah:

https://www.instagram.com/p/CGCeMUWHkms/?igshid=opyyjafcnw4a

Kari Ikan Bawal Emas

Hidangan untuk 3 orang.

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ikan bawal
  • 2 sudu besar serbuk kari ikan
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 tangkai daun kari
  • Air asam jawa/asam keping
  • 1 kotak santan 200ml
  • Sedikit air
  • 2 biji tomato
  • Sayur bendi
  • 1 biji cili merah/cili hijau.
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk hiris nipis:

  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia diketuk.
  • Daun kari
  • Kentang

Bahan-bahan untuk rempah tumis:

  • 1 batang kayu manis
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 2 kuntum bunga lawing
  • Jintan manis, jintan putih, lada hitam bawang putih, bawang merah ditumbuk lumat.

(Rempah sekawan biji sawi, halba, jintan putih dan kulit kayu manis ditumis dahulu bersama daun kari.)

Cara penyediaan:

  1. Bancuh serbuk kari bersama serbuk cili dengan sedikit air.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan hiris, rempah dan bahan yang ditumbuk. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan daun kari dan bancuhan serbuk rempah tadi. Masak sehingga rempah pecah minyak . Tambah sedikit air dan masak sehingga pecah minyak sekali lagi.
  4. Tambahkan kentang.
  5. Masukkan air asam jawa atau asam keping dan ikan.
  6. Tutup periuk sekejap agar ikan masak sedikit.
  7. Masukkan santan, sedikit air, tomato, sayur bendi dan cili merah. Perasakan dengan garam secukupnya.
  8. Masakan sedia untuk dihidang.

Tips:

Untuk mendapatkan masakan kari yang sedap, rempah harus ditumis sehingga betul-betul masak. Cara untuk pastikan rempah masak ialah dengan tumis sehingga rempah pecah minyak, kemudian tambahkan air beberapa kali dan masak sehingga pecah minyak setiap kali selepas tambah air.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.