Tart nenas Candy Crush hasil kreativiti Suzanawati

Tart nenas Candy Crush hasil kreativiti Suzanawati

Permainan Candy Crush mungkin hanya fantasi tetapi gula-gula ini telah direalitikan oleh Suzanawati Ali, 41 tahun ke dalam tart nenas ciptaannya.

Menggiurkan, pelbagai pilihan tart nenas Candy Crush berwarna-warni hasil kreativiti Suzanawati. (Gambar Suzanawati)
PETALING JAYA:
“Sweet! Tasty! Delicious!” Jika anda meminati permainan popular Candy Crush di dalam aplikasi android, anda pasti biasa mendengar ayat-ayat ini.
Tart nenas menjadi kegemaran pelanggan yang sukakan bentuk buah-buahan ciptaannya. (Gambar Suzanawati)

Malah, jika anda peminat tegar Candy Crush, mesti pernah terlintas di fikiran bagaimana lazatnya gula-gula yang memang nampak menggiurkan ini jika benar-benar ia ada di depan mata.

Bentuk strawberi yang lazat. (Gambar Suzanawati)

Permainan Candy Crush mungkin hanya fantasi tetapi gula-gula ini telah direalitikan oleh Suzanawati Ali, 41 tahun ke dalam tart nenas ciptaannya.

Tart nenas dalam bentuk kulit kerang. (Gambar Suzanawati)

Dia mula mencipta 25 jenis buah-buahan seperti strawberi, labu, nenas, oren dan epal. Dia kemudian membuat pula bentuk bola, bola tenis, emoji dan bentuk kulit kerang.

“Saya mula berminat membuat kek seawal usia 12 tahun. Kemudian, pada tahun 2012 saya mula membuat tart nenas pula,” ujar penjawat perkhidmatan awam ini.

Suzanawati berkata, idea membuat tart nenas Candy Crush ini bermula apabila anak perempuannya mula mengadu bosan dengan tart berbentuk buah-buahan. Dia kemudian mencuba untuk mempelbagaikan bentuk-bentuk yang unik dan menarik sehinggalah tercetus idea membuat bentuk yang sama seperti Candy Crush.

Suzanawati Ali, pembuat kek yang berbakat besar. (Gambar Suzanawati)

“Namun begitu, membuat tart nenas bentuk Candy Crush ini tidaklah semudah yang dilihat kerana banyak perkara rumit harus diteliti dalam menyiapkannya.

“Cabaran utama ialah meletakkan aising jalur putih pada tart tersebut dan satu bater selalunya akan menghasilkan 70 keping tart nenas serta ia mengambil masa tiga jam untuk disiapkan.

Selain itu, Suzanawati turut membuka kelas masakan kepada mereka yang berminat untuk membuat tart nenas.

Pelajar-pelajarnya dengan tart nenas. (Gambar Suzanawati)

Malang mengundang pada tahun 2018, anak perempuannya telah didiagnose dengan sindrom Guillain-Barre, satu gangguan dalam sistem imun badan yang menyerang saraf.

“Saya terpaksa menghentikan kelas dan menukar kepada kelas secara online kerana terpaksa memberi fokus terhadap fisioterapi anak saya. Di dalam kelas online, saya akan menunjukkan cara membuat tujuh bentuk buah-buahan tart nenas. Pelanggan yang berminat boleh menghubungi saya untuk mendapatkan info tentangnya,” ujarnya.

Kepada mereka yang berminat untuk menempah atau ingin belajar membuat tart nenas, boleh menghubungi Suzanawati di talian: 012 – 3750141 atau layari laman Facebooknya di sini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.