
Ketua Polis Kuala Selangor, Ramli Kasa, berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 8.50 malam.
Jelas beliau, ketiga-tiga mangsa yang cedera itu terdiri dua wanita dan seorang kanak-kanak.
“Mangsa dilaporkan terjatuh dari permainan dikenali sebagai ‘Sotong Ride’ ketika sedang berpusing.
“Seorang mangsa iaitu wanita cedera parah, manakala dua lagi tidak dipastikan keadaan mereka,” katanya menurut Berita Harian.
Berikutan itu, Ramli berkata, semua mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut.
“Tiga ambulans dan sebuah jentera bomba dkejarkan ke tempat kejadian.
“Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Selangor 1995, iaitu beroperasi tanpa lesen,” katanya.
Terdahulu, beberapa video dan gambar mengenai kejadian itu tular di laman sosial.