Jepun mulakan subsidi petrol baharu, peruntuk 1 trilion yen

Jepun mulakan subsidi petrol baharu, peruntuk 1 trilion yen

Kerajaan mahu tangani kos sara hidup isi rumah dengan dana subsidi mampu bertahan hingga akhir Mac 2026.

Tokyo sunrise
Skim ditambah baik itu bertujuan mengurangkan harga petrol sebanyak 10 yen (kira-kira USD0.07) seliter menjelang pertengahan Jun. (Gambar Wikimedia Commons)
TOKYO:
Kerajaan Jepun memulakan program subsidi petrol baharu pada Khamis bagi mengurangkan harga bahan api dan menangani kenaikan kos sara hidup isi rumah, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Skim yang ditambah baik itu bertujuan mengurangkan harga petrol sebanyak 10 yen (kira-kira USD0.07) seliter menjelang pertengahan Jun, menurut laporan Kyodo News.

Di bawah dasar subsidi bahan api sebelumnya yang diperkenalkan pada Januari 2022, kerajaan memberi subsidi kepada pemborong minyak bagi mengekalkan harga petrol biasa kira-kira 185 yen seliter.

Kerajaan merancang melaraskan jumlah subsidi kepada maksimum 5 yen seliter untuk minggu pertama dengan matlamat mengurangkan harga borong petrol sebanyak 7.40 yen seliter.

Selepas itu, kerajaan menyasarkan pengurangan sekurang-kurangnya satu yen setiap minggu sehingga harga turun 10 yen menjelang pertengahan Jun, menurut laporan itu.

Tiada tempoh akhir ditetapkan untuk program baharu ini, namun dengan peruntukan kira-kira 1 trilion yen, subsidi dijangka boleh bertahan sehingga akhir Mac 2026, menurut laporan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.