
Ketua Polis Sepang Norhizam Bahaman berkata Mahkamah Majistret Sepang membenarkan lelaki berusia 36 tahun itu direman bermula hari ini hingga 19 Julai ini, lapor Harian Metro.
Samalam, Norhizam dilaporkan berkata suspek ditahan pada 5 petang di sebuah restoran di Sepang, susulan laporan polis yang dibuat pasangan suami isteri itu pada 28 Jan lalu selepas pulang dari Jepun.
Pasangan suami isteri berusia 34 dan 36 tahun itu mendakwa dipukul dan diugut suspek di sebuah rumah di Jepun, 24 Jan lalu.
Norhizam berkata, siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati berkaitan pengurusan membawa pelancong ke Jepun.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah.