
“Kereta api itu merempuhnya, tetapi tidak membunuhnya,” kata Javier Avalos, pegawai keselamatan untuk bandar Ate di wilayah Lima kepada AFP.
“Dia yang dalam keadaan mabuk, tertidur di landasan dan tidak perasan kereta api menuju ke arahnya.”
Kereta api itu dalam perjalanan menuju banjaran Andes apabila ia merempuh Juan Carlos Tello, 28, katanya sambil menambah ia segera berhenti.
Rakaman kamera menunjukkan kereta api itu mengheret lelaki terbabit sejauh beberapa meter dan dia cedera ringan di lengan kirinya.
Kemalangan biasa berlaku di laluan kereta api itu.
Pada Ogos 2024, seorang lelaki memakai fon kepala maut dirempuh sebuah kereta api kargo ketika melintas landasan.