90% kediaman di Gaza musnah, ratusan ribu hilang tempat tinggal

90% kediaman di Gaza musnah, ratusan ribu hilang tempat tinggal

Penduduk kini terpaksa bertahan dalam kesejukan dan hujan sama ada dengan sedikit atau tiada tempat perlindungan.

gaza
Sejak 19 Jan, Pertubuhan Antarabangsa Untuk Migrasi menyalurkan bantuan tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan kepada penduduk Gaza. (Gambar AP)
GAZA:
Pertubuhan Antarabangsa Untuk Migrasi (IOM) mendedahkan bahawa kira-kira 90% kediaman di Semenanjung Gaza telah musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).

Kenyataan itu dikeluarkan pada Jumaat susulan lawatan Ketua Pengarah IOM Amy Pope dan Penyelaras Kemanusiaan bagi Wilayah Palestin yang Diduduki, Muhannad Hadi.

IOM menegaskan bahawa pihaknya dengan penyelarasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan rakan kemanusiaannya, sedang mempergiat usaha untuk menyediakan bantuan tempat perlindungan kecemasan.

Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza, menurut kenyataan itu.

“Rakyat Gaza pulang ke rumah hanya untuk mendapati kediaman mereka telah menjadi runtuhan. Mereka kini terpaksa bertahan dalam kesejukan dan hujan dengan sedikit atau tiada tempat perlindungan,” tegas IOM dalam satu hantaran di platform X.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.