9 rakyat Palestin maut ditembak ketika gencatan senjata diumum

9 rakyat Palestin maut ditembak ketika gencatan senjata diumum

Mereka terbunuh akibat tembakan dan bedilan tentera Israel yang menyasarkan beberapa kawasan di Semenanjung Gaza.

gaza palestin
Sembilan orang awam Palestin maut ditembak rejim Zionis biarpun satu persetujuan awal mengenai gencatan senjata telah dicapai seperti diumumkan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. (Gambar EPA Images)
GAZA:
Sumber perubatan melaporkan sembilan orang awam Palestin terbunuh akibat tembakan dan bedilan tentera Israel yang menyasarkan beberapa kawasan di Semenanjung Gaza sejak awal pagi Khamis, lapor Agensi Berita WAFA.

Mereka mengesahkan yang lima mayat dibawa ke Kompleks Perubatan Al-Shifa di Bandar Gaza, tiga ke Hospital Al-Ahli Baptist, dan satu ke Hospital Nasser di Khan Yunis.

Terdahulu hari ini, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan bahawa satu persetujuan awal mengenai gencatan senjata telah dicapai, yang merangkumi penamatan perang di Gaza, pengunduran tentera pendudukan, kemasukan bantuan kemanusiaan serta pertukaran tahanan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.