4 maut ditembak dalam kereta api

4 maut ditembak dalam kereta api

Seorang suspek ditahan dan senjata yang digunakan dalam serangan di Chicago itu telah ditemui.

shooting
Empat orang maut selepas ditembak dalam sebuah kereta api ketika masing-masing sedang tidur, dalam kejadian di Chicago. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Empat orang terbunuh dalam satu insiden tembakan di dalam sebuah kereta api di Chicago pada awal pagi Isnin, lapor Xinhua memetik laporan polis

Kesemua mangsa itu dipercayai ditembak ketika sedang tidur di tempat duduk mereka.

Berdasarkan rakaman keselamatan, mangsa kelihatan sedang tidur dan duduk secara berasingan. Kejadian berlaku di dua gerabak kereta api yang berasingan, menurut Jabatan Polis Forest Park.

Seorang suspek ditahan dan senjata yang digunakan dalam serangan itu telah ditemui.

Motif kejadian masih dalam siasatan.

Menurut Arkib Keganasan Senjata, lebih 380 insiden tembakan berlaku di Amerika Syarikat setakat tahun ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.