Maduro, isteri didakwa atas pertuduhan ‘narko-keganasan’, kata peguam negara AS

Maduro, isteri didakwa atas pertuduhan ‘narko-keganasan’, kata peguam negara AS

Presiden Venezuela didakwa atas pertuduhan antaranya berkonspirasi dalam pengimportan kokain, pemilikan mesingan dan peranti pemusnah terhadap AS.

Presiden Venezuela Nicolas Maduro dan isteri, Cilia Flores, dilapor didakwa di daerah selatan New York. (Gambar EPA Images)
WASHINGTON:
Peguam Negara Amerika Syarikat (AS) Pam Bondi memaklumkan Presiden Venezuela Nicolas Maduro dan isteri, Cilia Flores, telah didakwa di daerah selatan New York atas pelbagai pertuduhan jenayah, termasuk ‘narko-keganasan’, lapor Anadolu Ajansi.

“Nicolas Maduro dan isterinya, Cilia Flores, telah didakwa di daerah selatan New York.

“Nicolas Maduro telah didakwa atas pertuduhan konspirasi ‘Narko-Keganasan’, konspirasi pengimportan kokain, pemilikan mesingan dan peranti pemusnah, serta konspirasi memiliki mesingan, dan peranti pemusnah terhadap Amerika Syarikat,” kata Bondi menerusi hantaran di platform X.

Kenyataan beliau menyusul selepas Presiden Donald Trump mengumumkan AS telah berjaya melaksanakan serangan besar-besaran terhadap Venezuela, dan mendakwa Maduro serta isterinya telah ‘ditangkap dan diterbangkan keluar dari negara itu’.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.