
Upacara angkat sumpah itu berlangsung di stesen kereta api bawah tanah Old City Hall yang tidak lagi beroperasi.
Peguam Negara New York Letitia James menyempurnakan upacara angkat sumpah itu di hadapan keluarga Mamdani, menjelang majlis umum yang dijadualkan berlangsung pada Khamis dan akan dipimpin oleh Senator Bernie Sanders.
Menurut beberapa media AS, senaskhah al-Quran yang digunakan oleh Mamdani untuk mengangkat sumpah dalam upacara itu milik peribadinya, manakala satu lagi naskhah milik penulis Arturo Schomburg, yang dipinjamkan oleh Perpustakaan Awam New York.
Mamdani, 34, juga merupakan individu kelahiran Afrika pertama yang berkhidmat sebagai Datuk Bandar New York. Beliau dilahirkan di Uganda kepada ibu bapa imigran dari India.
Beliau memenangi pilihan raya datuk bandar pada 4 Nov lepas dengan menewaskan bekas gabenor New York Andrew Cuomo serta calon Republikan, Curtis Sliwa, sekali gus mencatat kemenangan bersejarah bagi sayap progresif Parti Demokrat.