Parti Buruh dijangka menang pilihan raya Britain

Parti Buruh dijangka menang pilihan raya Britain

Keputusan rasmi akan diumumkan setelah pengiraan selesai di semua kawasan di England, Scotland, Wales dan Ireland Utara.

britain
Pilihan raya umum Britain dijangka menyaksikan Parti Buruh membentuk kerajaan dengan kemenangan besar. (Gambar AFP)
LONDON:
Parti Buruh Britain dijangka memperoleh majoriti besar di Dewan Rakyat, lapor Agensi Anadolu memetik tinjauan yang disediakan IPSOS UK pada Khamis.

Sesi pengundian itu berakhir pada 10 malam waktu tempatan dan pengiraan kertas undi akan berlangsung sepanjang malam.

Keputusan rasmi akan diumumkan setelah pengiraan selesai di semua kawasan di England, Scotland, Wales dan Ireland Utara.

Jutaan pengundi di seluruh United Kingdom telah melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memilih 650 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Parti Konservatif telah memerintah negara itu sejak 2010.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.