Pembangkang dijangka menang pilihan raya Australia, kata laporan

Pembangkang dijangka menang pilihan raya Australia, kata laporan

Parti Buruh dijangka menang sekali gus menamatkan pemerintahan parti Coalition selama sembilan tahun.

Anthony Albanese dijangka menjadi perdana menteri baharu Australia. (Gambar AP)
CANBERRA:
Pihak pembangkang iaitu Parti Buruh dijangka memenangi pilihan raya persekutuan Australia, dan Anthony Albanese dijangka menjadi perdana menteri baharu negara itu, lapor agensi berita Xinhua memetik jangkaan media tempatan.

Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) pada malam Sabtu mengunjurkan bahawa Parti Buruh akan membentuk kerajaan buat pertama kali sejak 2013.

Ia akan menandakan berakhirnya pemerintahan parti Coalition selama sembilan tahun dan Scott Morrison sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun, masih tidak jelas sama ada Parti Buruh akan memenangi 76 daripada 151 kerusi di dewan rakyat, bilangan yang diperlukan untuk membentuk kerajaan majoriti.

Jika parti itu gagal memenangi 76 kerusi, mereka dijangka mengadakan rundingan dengan parti-parti kecil dan bebas untuk mendapatkan sokongan membentuk kerajaan minoriti.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.