Gagal lunas cukai, TPM UK letak jawatan

Gagal lunas cukai, TPM UK letak jawatan

Angela Rayner berdepan tekanan berundur susulan pembelian rumah di pusat peranginan tepi laut di East Sussex.

Angela Rayner meletak jawatan sebagai timbalan perdana menteri, termasuk timbalan ketua Parti Buruh. (Gambar AFP)
LONDON:
Angela Rayner meletak jawatan sebagai timbalan perdana menteri dan setiausaha perumahan selepas gagal melunaskan cukai penuh ke atas sebuah pangsapuri dibeli pada Mei, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Peletakan jawatan itu dibuat selepas tekanan yang semakin meningkat ke atasnya untuk berundur berhubung pembelian rumahnya di Hove, sebuah pusat peranginan tepi laut di East Sussex, Britain.

Rayner turut meletak jawatan sebagai timbalan ketua Parti Buruh selepas mengaku beliau membayar cukai kurang ke atas pembelian itu.

Awal minggu ini, beliau merujuk dirinya kepada penasihat etika Perdana Menteri Keir Starmer selepas mengaku tidak melunaskan sepenuhnya bayaran duti setem bagi rumah berharga £800,000 (USD1.07 juta) itu.

Terdahulu, Starmer menyatakan sokongan penuhnya terhadap Rayner dengan berkata beliau ‘berbangga’ bekerja bersamanya.

Pada Rabu, Rayner memberitahu Sky News beliau menerima nasihat undang-undang yang salah, menyebabkan beliau membayar duti setem yang lebih rendah daripada jumlah sebenar yang perlu dijelaskan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.