Singapura naikkan usia bersara, kerja semula pada 2026

Singapura naikkan usia bersara, kerja semula pada 2026

Umur persaraan bakal dinaikkan kepada 64 tahun, manakala mereka yang ditawarkan bekerja semula selepas bersara boleh meneruskan hingga usia 69 tahun.

Usia persaraan di Singapura bakal dinaikkan mulai 2026. (Gambar Freepik)
SINGAPURA:
Umur persaraan di Singapura akan dinaikkan pada tahun 2026 kepada 64 tahun dan mereka yang ditawarkan untuk bekerja semula selepas bersara boleh meneruskan hingga usia 69 tahun, menurut media tempatan.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng pada Isnin, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan bagi kementeriannya di Parlimen, lapor The Business Times.

Perubahan itu adalah sebahagian daripada proses berterusan yang akan menyaksikan umur persaraan dan usia bekerja semula negara itu masing-masing mencapai 65 tahun dan 70 tahun menjelang tahun 2030.

Umur persaraan dan bekerja semula semasa masing-masing dinaikkan kepada 63 tahun dan 68 tahun pada Julai 2022.

Langkah itu merupakan sebahagian daripada cadangan yang dibuat oleh Tripartite Workgroup on Older Workers yang ditubuhkan pada Mei 2018 untuk mengukuhkan sokongan bagi pekerja warga emas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.