
“Pemandangan awan gelap bergulung pasir dan debu yang menyedut segala benda di laluannya dan mengubah siang menjadi malam merupakan antara kejadian alam yang paling menakutkan. Ia adalah fenomena yang mendatangkan malapetaka besar dari Asia Utara dan Tengah hinggalah Afrika sub-Sahara,” menurut Ibrahim Thiaw, setiausaha eksekutif UNCCD.
“Ribut pasir dan debu mengetengahkan cabaran yang besar dalam usaha untuk mencapai pembangunan mampan. Bagaimanapun, sebagai mana kejadian ribut pasir dan debu diburukkan lagi oleh aktiviti manusia, ia juga boleh dikurangkan menerusi tindakan manusia,” kata Thiaw.
Walaupun ribut merupakan fenomena semula jadi yang lazim dan bermusim di sesetengah wilayah, masalah itu diburukkan lagi oleh pengurusan tanah dan air yang lemah, kemarau, dan perubahan iklim, menurut pakar UNCCD.