35 sekolah terjejas ribut di N Sembilan dibenar laksana PdPR

35 sekolah terjejas ribut di N Sembilan dibenar laksana PdPR

Kejadian itu membabitkan sekolah di empat daerah iaitu Tampin, Rembau, Seremban dan Port Dickson.

ribut banjir port dickson
Orang ramai gigih membawa barangan untuk berpindah ke kawasan selamat, berikutan kenaikan Sungai Linggi susulan hujan lebat sejak semalam. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Sebanyak 35 buah sekolah di Negeri Sembilan dibenarkan menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) buat sementara berikutan kerosakan akibat kejadian ribut semalam.

Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kejadian itu membabitkan sekolah di empat daerah iaitu Tampin, Rembau, Seremban dan Port Dickson.

“Kerja balik pulih akan segera dilaksanakan sebaik proses penilaian tahap kerosakan selesai. Pada waktu ini semua sekolah terjejas akan menjalankan PdPR,” katanya.

Tambahnya, tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan di semua sekolah terlibat.

“JPNS telah mengambil tindakan pantas untuk turun ke setiap lokasi terjejas bagi memastikan keselamatan warga sekolah dan untuk tujuan pemeriksaan awal,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.