Ancaman bom, beberapa lapangan terbang di Perancis dikosongkan

Ancaman bom, beberapa lapangan terbang di Perancis dikosongkan

Di lapangan terbang Nice, satu bagasi yang ditinggalkan mencetuskan amaran keselamatan.

Perancis kini diletakkan di bawah amaran keganasan tahap maksimum susulan insiden seorang pemuda menikam guru dan mencederakan tiga yang lain. (Gambar Freepik)
PARIS:
Lapangan terbang Lille, Lyon dan Toulouse di Perancis dikosongkan selepas menerima ancaman bom pada Rabu, lapor Agensi Berita dpa.

Di lapangan terbang Nice, satu bagasi yang ditinggalkan mencetuskan amaran keselamatan.

Sejak kebelakangan ini banyak kes berkaitan ancaman bom berlaku.

Pada minggu lepas, Louvre di Paris turut menerima ancaman bom dan Palace of Versailles menerima ancaman bom sebanyak dua kali.

Perancis kini diletakkan di bawah amaran keganasan tahap maksimum susulan insiden seorang pemuda menikam seorang guru dan mencederakan tiga yang lain di sebuah sekolah di Arras pada Jumaat.

Pada Isnin, sekolah itu turut menerima ancaman bom.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.