Bom tinggalan Perang Dunia II ditemui di tempat letak kereta pasar raya Berlin

Bom tinggalan Perang Dunia II ditemui di tempat letak kereta pasar raya Berlin

Masih belum dapat dipastikan bila bom seberat 100kg itu dapat dinyahaktif sepenuhnya.

Pihak berkuasa Jerman mengosongkan radius 500m dari lokasi bom berkenaan ditemui sebagai langkah keselamatan. (Gambar Freepik)
BERLIN:
Sebutir bom seberat 100kg dipercayai tinggalan Perang Dunia II ditemui di tempat letak kereta sebuah pasar raya di selatan Berlin pada Khamis, memaksa penduduk di kawasan berhampiran untuk berpindah, lapor Agensi berita Jerman (dpa).

Polis memaklumkan bom itu perlu dikeluarkan terlebih dahulu sebelum dibersihkan menggunakan mesin air tekanan tinggi.

Pihak berkuasa turut mengawal sekitar radius 500m dari lokasi bom itu ditemui dan bertindak mengosongkan zon itu. Palang Merah Jerman terlibat dalam menyediakan tempat perlindungan kepada mereka yang memerlukan bantuan.

Sementara itu, jadual perjalanan kereta api di Berlin SBahn terganggu pada petang Khamis ekoran penemuan itu, menurut ciapan SBahn.

Menurut pihak berkuasa, masih belum dapat dipastikan bila bom itu dapat dinyahaktif sepenuhnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.