22 migran maut bot dinaiki terbalik di Madagascar

22 migran maut bot dinaiki terbalik di Madagascar

Bot malang itu dalam perjalanan ke pulau Mayotte, Perancis.

Bot yang membawa 47 penumpang itu terbalik di luar pantai Madagascar. (Gambar Twitter)
ANTANANARIVO:
Sekurang-kurangnya 22 migran maut selepas bot dinaiki terbalik di luar pantai Madagascar di Afrika Selatan pada Sabtu, lapor Xinhua.

Bot yang membawa 47 penumpang itu terbalik di luar pantai Madagascar, menurut Agensi Pelabuhan Maritim dan Sungai dalam kenyataan.

Sementara itu, 23 lagi penumpang berjaya diselamatkan dan operasi mengesan mangsa yang hilang masih diteruskan, kata pihak berkuasa.

Bot itu dilaporkan dalam perjalanan ke pulau Mayotte, Perancis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.