
“M/V GLORY terkandas semasa menyertai konvoi ke Selatan berhampiran Alaqantarah,” lapor Agensi Berita Anadolu memetik Leth Agencies.
“Pihak berkuasa Terusan Suez mengesahkan kapal itu terkandas dan kini cuba mengapungkannya,” menurut syarikat itu.
Laporan itu memetik Ketua Pihak Berkuasa Terusan Suez, Osama Rabie memberitahu TV Al-Arabiya bahawa kejadian itu tidak menjejaskan lalu lintas di laluan berkenaan.
Pada 2021, sebuah kapal kontena super Ever Given terperangkap menyerong melintasi terusan ketika ribut pasir dan ia mengganggu perdagangan dunia selama hampir seminggu.
Menurut SCA, Mesir kerugian antara USD12 juta dan USD15 juta setiap hari ketika penutupan terusan itu, manakala syarikat insurans pula menganggarkan perdagangan maritim global mengalami kerugian berbilion dolar setiap hari.