Pushpa Kamal PM baharu Nepal

Pushpa Kamal PM baharu Nepal

'Prachanda' kembali berkuasa untuk kali ketiga dengan sokongan parti pembangkang utama CPN-UML dan beberapa parti lain.

Pelantikan Pushpa Kamal Dahal mungkin menamatkan ketidaktentuan dalam kerajaan Nepal tetapi ketidakstabilan politik di negara itu telah berlanjutan sejak 2008. (Gambar AP)
KATHMANDU:
Pushpa Kamal Dahal, yang dikenali sebagai “Prachanda,” dilantik sebagai perdana menteri Nepal yang baharu, sekali gus menamatkan pertikaian politik di negara itu, lapor dpa.

Presiden Bidya Devi Bhandari melantik Dahal berdasarkan Perkara 76 (2) perlembagaan, menurut pejabat presiden dalam kenyataan.

Dahal dijangka mengangkat sumpah jawatan hari ini dan beliau perlu mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen dalam tempoh sebulan.

Dahal kembali berkuasa untuk kali ketiga dengan sokongan parti pembangkang utama CPN-UML dan beberapa parti lain.

Dahal mendapat sokongan 169 daripada 275 Ahli Parlimen, lapor Kathmandu Post.

Pelantikan Dahal sebagai perdana menteri mengejutkan ramai pihak kerana partinya, CPN (Maoist Centre) menduduki tempat ketiga dengan hanya memperoleh 32 kerusi pada pilihan raya umum baru-baru ini.

Pelantikan Dahal mungkin menamatkan ketidaktentuan dalam kerajaan Nepal tetapi ketidakstabilan politik di negara Asia Selatan itu telah berlanjutan sejak 2008.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.