14 penumpang maut kapal terbakar di Indonesia

14 penumpang maut kapal terbakar di Indonesia

Kejadian berlaku ketika kapal KM Express Cantika 77 yang membawa 240 penumpang dalam pelayaran dari Kupang di Nusa Tenggara Timur menuju ke Kalabahi, Pulau Alor.

Kebakaran dilaporkan dikesan di dek belakang Kapal KM Express Cantika 77.
JAKARTA:
Seramai 14 penumpang maut selepas kapal KM Express Cantika 77 yang dinaiki mereka terbakar ketika menuju ke Kalabahi, Pulau Alor Indonesia pada petang Isnin.

Kapal itu dilaporkan berlepas dari Kupang di Nusa Tenggara Timur dan berada lebih 100 KM dari Kalabahi ketika kebakaran dikesan di dek belakang, lapor media tempatan.

Menurut agensi penyelamat Kupang Basarnas, sekurang-kurangnya 240 penumpang berada dalam kapal malang itu manakala 14 orang disahkan maut dan 144 mangsa diselamatkan.

Ketuanya Putu Sudayan berkata, agensi itu telah mengerahkan 51 anggota dan bot penyelamat manakala nelayan tempatan turut membantu usaha mencari baki penumpang.

Kapal dan feri adalah antara pengakutan utama di Indonesia bagi menghubungkan ribuan pulau di negara itu.

Bagaimanapun, tragedi sering berlaku membabitkan pengangkutan berkenaan akibat kecuaian manusia, kapal yang tidak diselenggara dan lebih muatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.