
“Pendakwaan hari ini menggambarkan plot besar untuk mencuri dana awam bagi menjaga kanak-kanak memerlukan dalam jumlah yang sama dengan skim penipuan dana bantuan pandemik terbesar setakat ini,” kata Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Christopher Wray.
Jabatan Kehakiman mendakwa defendan menyeleweng puluhan juta dolar dana yang disalurkan di bawah Program Nutrisi Kanak-kanak Persekutuan untuk membekalkan makanan kepada kanak-kanak memerlukan ketika pandemik Covid-19.
Antara yang didakwa ialah Aimee Bock, 41, pengasas dan pengarah eksekutif “Feeding Our Future”, badan bukan kerajaan yang menerima tajaan Program Nutrisi Kanak-kanak Persekutuan.
“Pekerja ‘Feeding Our Future’ merekrut individu dan entiti untuk membuka beberapa tapak Program Nutrisi Kanak-kanak di seluruh Minnesota.
“Tapak ini, yang dibuka dan dikendalikan defendan serta orang lain, menipu makanan diberikan kepada beribu-ribu kanak-kanak sehari,” kata Jabatan Kehakiman dalam kenyataan.
Sebaliknya, mereka mengemukakan invois dan laporan jumlah hidangan palsu menggunakan nama kanak-kanak yang tidak wujud.
Menurut jabatan itu, “Feeding Our Future” mendakwa membuka lebih 250 tapak di seluruh negeri itu semasa pandemik.
“Defendan menggunakan hasil skim penipuan mereka untuk membeli kereta mewah, hartanah kediaman dan komersial di Minnesota, Ohio, Kentucky, Kenya dan Turki, serta melancong ke luar negara.”
Semua defendan menghadapi pelbagai tuduhan. termasuk rasuah dan pengubahan wang haram.