
Ia boleh diakses di https://www.miti.gov.my/ART.
Fahmi yang juga jurucakap kerajaan berkata, turut disertakan soalan lazim berkaitan ART di sini.
“Mesyuarat Jemaah Menteri (hari ini) ada membincangkan ART dan terdapat memorandum Jemaah Menteri yang dibawa dan perkara itu telah diteliti.
“(Jadi) Tidak timbul isu seperti dakwaan dibuat seorang Ahli Parlimen semasa sesi soal jawab perdana menteri pada Selasa lepas,” katanya pada sidang media mingguan di sini.
Pada 4 Nov lalu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menegaskan di Dewan Rakyat, perjanjian itu tidak mengandungi sebarang peruntukan bercanggah semangat atau peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Malah, Anwar yang juga menteri kewangan berkata, Jabatan Peguam Negara (AGC) mempunyai kedudukan penting dalam sebarang perjanjian negara, termasuk ART bagi memastikan ia selaras undang-undang Malaysia.
Malaysia dan AS menandatangani ART pada 26 Okt lalu pada Sidang Kemuncak Asean ke-47 di Kuala Lumpur.
Perjanjian itu ialah cadangan AS bagi merunding semula tarif terhadap Malaysia daripada 25% kepada 19% di bawah Executive Order 14257 yang dikeluarkan Presiden Donald Trump pada 2 April lalu.
Sementara itu, Anwar memberi jaminan perjanjian ditandatangani bukan sahaja mempertahankan kepentingan Bumiputera, malah sebarang tindakan penguatkuasaan tidak sesekali boleh membelakangkan undang-undang domestik di Malaysia.