Pertempuran di Tripoli, angka kematian meningkat 16

Pertempuran di Tripoli, angka kematian meningkat 16

Libya berdepan keganasan dan pergolakan sejak kejatuhan rejim Muammar Gaddafi pada 2011.

Seramai 16 maut, manakala 52 lagi cedera dalam pertelagahan dua kumpulan bersenjata di ibu negara Libya, Tripoli. (Gambar AP)
TRIPOLI:
Angka kematian akibat pertelagahan dua kumpulan bersenjata di Tripoli, ibu negara Libya, telah meningkat kepada 16, manakala 52 lagi mangsa cedera, menurut Kementerian Kesihatan Libya pada Sabtu, lapor Xinhua.

“Mangsa yang cedera sedang menerima rawatan di hospital awam dan swasta di Tripoli,” menurut kementerian itu menerusi laman Facebook.

Pertempuran meletus antara dua kumpulan bersenjata yang bersaing merebut kawasan di Tripoli pada Khamis dan berlarutan sehingga Jumaat.

Misi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Libya (UNSMIL) pada Jumaat, menyuarakan kebimbangan mengenai kejadian itu, dan menyeru semua rakyatnya untuk melakukan segala yang mampu bagi memelihara “kestabilan yang semakin rapuh ketika ini”.

Libya berdepan keganasan dan pergolakan sejak kejatuhan rejim Muammar Gaddafi pada 2011.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.