Lebih 500 sekolah di sempadan Kemboja ditutup akibat pertempuran dengan Thai

Lebih 500 sekolah di sempadan Kemboja ditutup akibat pertempuran dengan Thai

Wilayah paling terjejas ialah Oddar Meanchey, Preah Vihear dan Banteay Meanchey.

Kementerian Pendidikan, Belia dan Sukan Kemboja berkata 514 sekolah ditutup, menjejaskan kira-kira 130,000 pelajar dan 4,650 guru. (Gambar EPA Images)
PHNOM PENH:
Kemboja memaklumkan 514 sekolah di wilayah sempadan ditutup susulan pertempuran berterusan di sempadan dengan Thailand, lapor Xinhua.

“Setakat 9 Dis, sebanyak 514 sekolah ditutup, menjejaskan kira-kira 130,000 pelajar dan 4,650 guru,” menurut kenyataan Kementerian Pendidikan, Belia dan Sukan pada Selasa.

Katanya, wilayah paling terjejas ialah Oddar Meanchey, Preah Vihear dan Banteay Meanchey.

Konflik sempadan Kemboja-Thailand kembali tercetus sejak petang Ahad lalu.

Setiausaha Rendah Negara merangkap jurucakap Kementerian Pertahanan Kemboja, Maly Socheata, berkata tujuh orang awam Kemboja terbunuh dalam konflik itu setakat Selasa.

Menteri Penerangan Kemboja, Neth Pheaktra, berkata sekurang-kurangnya 16,568 keluarga membabitkan 54,550 orang di negara itu meninggalkan kediaman mereka berhampiran sempadan untuk berlindung di kawasan selamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.