1 maut, 1 ditahan dalam insiden tembakan di sekolah di Tennessee

1 maut, 1 ditahan dalam insiden tembakan di sekolah di Tennessee

Menurut polis, seorang pegawai polis cedera dan dibawa ke hospital tempatan serta tiada mangsa lain dikenal pasti.

Pegawai polis Knoxville bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima laporan seorang lelaki yang mungkin bersenjata di Sekolah Tinggi Austin-East Magnet, Tennessee Amerika Syarikat. (AP pic)
WASHINGTON:
Seorang disyaki suspek terbunuh manakala seorang lagi ditahan susulan kejadian tembakan di sebuah sekolah menengah di Tennessee Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, lapor Sputnik.

“Pegawai polis Knoxville bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima laporan seorang lelaki yang mungkin bersenjata di Sekolah Tinggi Austin-East Magnet. Ketika cuba menghampiri suspek… beberapa tembakan dilepaskan… Seorang lelaki disahkan maut di lokasi kejadian, sementara seorang lagi ditahan untuk siasatan lanjut.

“Seorang pegawai polis cedera dan dibawa ke hospital tempatan. Tiada mangsa lain dikenal pasti,” menurut kenyataan jabatan polis Knoxville.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.